Monday, January 6, 2014

# Fakta 2

unexpected things do happen in life.
same place,
different situations,
different feelings.

its been a year.

Allah knows best :)



Monday, January 14, 2013

Fakta 1

# Fakta 1
Saya cenderung untuk  membuat sesuatu perkara yang saya suka secara berulang-ulang (tanpa jemu!) Hee Hee 
1) Makan Char kuey teow! Kalau boleh hari hari nak makan! tak bosan! Masih belum! 
Sampai kawan tegur, "kau kawen jela dgn pkcik jual char kuey teow, hari hari boleh makan". 
Padahal kwn tu yg introduce kt saya Cha Kuey Teow ni. Sape yg salah?  :P

2)Macam lagu yang saya letak dalam blog ni.Saya suka sangat dengar! Kalau boleh 24/7 nak dengar! 
Ce dengar. Flow lagu ni sangat cantik! Bosan? Masih belum :)

Sama mcm saya berkawan. Susah rasanya nk sayang orang. Tapi kalau dh sayang? Habis! 
I don't know why am I like this. 

A note to myself:
Alini, sila bersederhana dalam apa pun ye.
The higher the expectation, the more likely it will let u down Alini
The harder u try, the harder u'll fall
YES! I'm writing this, so i won't forget, again! and not to get hurt,again !

See! Menyempang dari tajuk! Heh!  :D


Terkesan !

Sedang tercari cari bahan bacaan . Terrr baca nukilan seorang hamba Allah. Terkesan di hati, berbekas di hati apa yang cuba disampaikan Terima kasih :)


Antara Katanya, 

Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. 
Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. 
Sabarlah wahai hati. 
Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. 
Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa.
Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah.

Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambaNya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Allahuakbar! Ouchh! Terkena batang hidung sendiri! (Ambik kau) ! Seriously!


Kita mudah terlupa, cinta dan perasaan sebenarnya milik Allah Ta'ala. Bukan milik insan yang sering melupakan kewujudan Allah Ta'ala, Yang Maha Besar, Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.. Bagi yang belum berkahwin, carilah seorang insan yang mencintaiNya, kerana sesungguhnya kamu akan lebih bahagia dengan orang yang sebegitu daripada orang yang mencintaimu! Cintailah orang yang mendekatkanmu denganNya dan jauhkanlah orang yang menjauhkan engkau drpdNya..

P/S : Mohon doa dari sahabat semua, agar saya kuat untuk terus berubah menjadi lebih baik dan juga mendapat jodoh yang beriman. Insya Allah.

Thursday, January 10, 2013

Sila Lupa !

orang selalu cakap,
barang yang lepas jangan dikenang.
tapi memori manusia bukan macam memori komputer.
boleh delete, restore ikut suka.
...
lain.
sangat lain.
tak pasti mana silapnya.
...
mungkin memang sudah sampai masa.
ah.
benci perkataan mungkin.

Jangan terlalu mudah membuang sesuatu dalam hidup. Apatah lagi sesuatu itu adalah orang, bukan barang !

Tuesday, January 8, 2013

Selamat Datang 2013 :)

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk hidup.

Sesungguhnya ,tak ada kesakitan,resah hati,duka cita ,dugaan, ujian 
yang Allah beri melainkan hanya kerana Allah ingin menghapuskan dosa 
dan juga dekat pada-Nya. 

Tirai 2013 saya dikejutkan dengan berita pemergian nenda tercinta.Allah lebih menyayanginya.
Allah uji pula dengan 'perpisahan' dengan orang yang boleh dikatakan agak istimewa buat saya. Tak ada apa yang boleh saya buat. Saya cuma boleh peluk ibu & menangis .(Teruk nau)
Ibu kata, tak pelah.Dah tak da jodoh.
Dan baru baru ni , saya dapat berita 'kawan' yang pernah 'melamar' saya dulu, sudah pun ingin mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya Saya doakan awak bahagia hingga Syurga. Amin Ya Rabb :)

Insya Allah, saya akan cuba redha dan ikhlas atas apa yang terjadi. 
Allah tu sayang kita. 
Semua tu berlaku ada sebabnya,ada hikmahnya. 

Sahabat saya ada berpesan,
La tahzan, innallaha ma'anna
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.
Semoga kita semua dapat perbaiki diri dan menjadi hamba Allah yang lebih Taat. Insya Allah

# Pesanan buat diri 
1. Perbaiki diri
2. Perbaiki Akhlak
3. Pray Hard




Tuesday, December 4, 2012

Andai itu takdirnya

 1 tahun 4 bulan. 

Cukup untuk membuahkan sayang. Lebih dari cukup sebenarnyaMenghadapi saat saat terakhir bagi sesuatu hubungansangat sangat sakit! sangat!

There's nothing much to be said

Mungkin kekurangan tu datangnya daripada saya Mungkin jugak jodohnya tak lamaTapi apa apa pun,Terima kasih untuk kenangan ituTerima kasih untuk sayang ituTerima kasih Terima kasihSaya harap awak jumpa bahagia yang awak cari, sayang :')







Thursday, November 15, 2012

Bergantung

Someone said this to me
- Bergantung pada manusia, kita akan kecewa. Bergantunglah pada Allah, Dia tak akan pernah mengecewakan. Sebagai manusia, ye, saya pernah mengecewakan dan pernah dikecewakan.Berhentilah bergantung pada manusia Alini.

- Ye menulis, memang bukan bakat saya. Ape boleh buat. Gatal tangan ! Heh!