Monday, January 14, 2013

Terkesan !

Sedang tercari cari bahan bacaan . Terrr baca nukilan seorang hamba Allah. Terkesan di hati, berbekas di hati apa yang cuba disampaikan Terima kasih :)


Antara Katanya, 

Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. 
Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. 
Sabarlah wahai hati. 
Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. 
Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa.
Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah.

Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambaNya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Allahuakbar! Ouchh! Terkena batang hidung sendiri! (Ambik kau) ! Seriously!


Kita mudah terlupa, cinta dan perasaan sebenarnya milik Allah Ta'ala. Bukan milik insan yang sering melupakan kewujudan Allah Ta'ala, Yang Maha Besar, Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.. Bagi yang belum berkahwin, carilah seorang insan yang mencintaiNya, kerana sesungguhnya kamu akan lebih bahagia dengan orang yang sebegitu daripada orang yang mencintaimu! Cintailah orang yang mendekatkanmu denganNya dan jauhkanlah orang yang menjauhkan engkau drpdNya..

P/S : Mohon doa dari sahabat semua, agar saya kuat untuk terus berubah menjadi lebih baik dan juga mendapat jodoh yang beriman. Insya Allah.

No comments: